Majlis Pra Graduan 2007

Alhamdulilah Majlis Pra Graduan 2007 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 november 2007 yang bertempat di Kampung Nelayan (Bukit Padang) , majlis ini telah dihadiri oleh Pengarah Politeknik Kota Kinabalu iaitu

En. Azizi Bin Lin, Pegawai-pegawai Kanan Politeknik, para pelajar Politeknik yang bakal menjadi graduan dan juga Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Alumni Politeknik Kota Kinabalu.



Di dalam majlis tersebut juga pihak Politeknik Kota Kinabalu telah menyampaikan pelbagai anugerah kepada pelajar sebagai tanda penghargaan diatas pencapaian mereka. Kami dari Pihak Persatuan Alumni Politeknik Kota Kinabalu ingin mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah tersebut.



Majlis berlangsung dengan meriah sekali, selain jamuan makan majlis juga dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian dan tarian yang telah berjaya memukau para hadirin pada malam tersebut.

Selain itu cabutan bertuah atau lucky draw juga telah diadakan dimana pelajar yang bertuah telah diberikan hamper sebagai hadiah.Keadaan dewan menjadi gamat seketika apabila anugerah pakaian tercantik diumumkan(tahniah).

Itulah gambaran serba sedikit tentang Majlis Pra Graduan Politeknik Kota Kinabalu 2007 yang telah berlangsung pada 29 November 2007 di Kampung Nelayan(Bukit Padang).


Persatuan Alumni

Kami pihak Persatuan Alumni telah mengedarkan borang pendaftaran kepada bakal-bakal graduan, diharap borang-borang tersebut dapat disi dan dikembalikan kepada pihak kami melalui Koperasi Politeknik Kota Kinabalu. Sekiranya ada belum menerima borang sila dapatkan borang daripada Koperasi Politeknik Kota Kinabalu.

0 comments:

Aktiviti Semasa

aktiviti 2008 Status
Pertandingan Futsal Selesai
Pertandingan mencipta logo & slogan Dalam Proses
Mendaki Gunung Kinabalu Pendaftaran
Seminar pengurusan dan Intergriti Persatuan Pendaftaran
Mulih Biskita ke PKK Pendaftaran

music box